Sejarah silam tidak dapat aku lupakan. Roy telah meracuni hidup aku. Adakah lelaki itu semua jahat dan kejam? Adakah kaum wanita sering menjadi mangsa. Mungkin salah kaum wanita kerana tidak berfikir menggunakan akal. Tetapi kenapa kaum lelaki sering melukai kaum wanita. Apakah mereka tidak mengetahui pahala dan dosa? Andai kata nasib sepertiku menimpa kepada ahli keluarga lelaki tersebut,bagaimana? Mengapa mereka tidak berfikir begitu? Patutkah kaum wanita ditindas dengan begitu kejam? Merosakkan gadis-gadis yang wujud di muka bumi Tuhan…? Ah..! nasi sudah jadi bubur. Wanita insan lemah. Namun aku teruskan hidup dan jadikan kisah itu terpendam dengan dalam dan sebagai pengajaran.
Hari-hari aku seakan-akan gelap. Aku tidak dapat melihat dunia ini memiliki cahaya. Oh Tuhan, berikanlah aku sinar cahaya dan hidayahmu. Aku meneruskan perjuangan aku untuk terus hidup. Membina hidup baru dengan lebih bermakna. Lelaki? Aku tidak mahu memikirkannya lagi. Mungkin lebih aman aku hidup begini. Tidak perlu memikirkan masalah lain.
Aku sering ke pantai apabila mempunyai masa lapang. Di situ aku sering kenangkan kembali kisah-kisah silam yang aku memang tidak mampu lupakan. Petang itu angin bertiup kencang. Tudung yang aku simpulkan dengan gaya ala-ala wardina ditiup angin mengikut rentak tiupan angin. Sapu tangan yang seringku bawa sentiasa di dalam peganganku. Sejak di bangku sekolah aku memamg gemar membawa sapu tangan. Mungkin aku mudah tersentuh dan menitiskan air mata di mana-mana. Sebab itu sapu tangan sentiasa berada dalam peganganku.